malam tu lagi sakit. kami kat terengganu nasihatkan die tuk pergi Hospital terus memandangkan adik nak jalan pun dah tak mampu. suruh pergi dari petang dah. tapi memandangkan kawan-kawan adik keluar masa tu. kereta sewa pun takde. Malam tu kawan adik hantar adik ke Hospital Sultanah Nora IsmailTanya adik.. die kate sakit perut sebelah kanan. aku try tanya kawan aku. suami die pernah sakit. die cakap mungkin appendix.. bila adik dah pergi Hospital, ternyata betul apa yang kami sangkakan. tapi appendix adik dah pecah. hancur dah doktor kate. adik call suara ketar2 tahan sakit masa tu. die minta kami datang secepat mungkin. huhu.. mana mungkin kami nak bertolak sekarang. waktu ketika itu dah 11 malam. cakap kat adik nak datang subuh esok. adik kate ok. adik cakap kat doktor yang nak bedah die tu tuk operate esok sahaja coz nak tunggu kami sampai. tapi doktor nasihatkan adik untuk lakukan pembedahan tu secepat mungkin memandangkan appendix tu dah pecah. nak tak nak pukul 2 pagi adik di operate.
Pukul 6 pagi lepas solat subuh kami terus bertolak. sampai-sampai dekat adik pukul 2 petang gak la. jauh jugak la. dan kami pun belum biasa lagi dengan jalan sini. jem pun ada jugak la sikit-sikit. kalau la sampai awal. baru ok. lama jugak la adik tunggu kami.