Followers

Saturday, August 15, 2015

ADIK KENA APPENDIX

Lama dah nak tulis pasal ni. selalu je tangguh.. hari ni datang kerajinan tu.. 6/03/2015. Hari jumaat macam biasa la aku keluar-keluar makan dengan umi.. masa tu tahu adik sakit. tapi takde la sampai seteruk tu. balik dari makan-makan dengan umi. adik call cakap makin sakit. sebenarnya die sakit dari hari rabu. tapi bila pergi Klinik Dekat U die. macam biasa la.. cakap adik kena Gastrik. di beri nya ubat Gastrik. tapi bila makan ubat Gastrik. Sakit adik makin menjadi-jadi. kami jauh nak tengok adik.. saudara pun takde kat sana nak tolong tengok2 kan. Kesian adik masa tu sakit sorang-sorang..

malam tu lagi sakit. kami kat terengganu nasihatkan die tuk pergi Hospital terus memandangkan adik nak jalan pun dah tak mampu. suruh pergi dari petang dah. tapi memandangkan kawan-kawan adik keluar masa tu. kereta sewa pun takde. Malam tu kawan adik hantar adik ke Hospital Sultanah Nora IsmailTanya adik.. die kate sakit perut sebelah kanan. aku try tanya kawan aku. suami die pernah sakit. die cakap mungkin appendix.. bila adik dah pergi Hospital, ternyata betul apa yang kami sangkakan. tapi appendix adik dah pecah. hancur dah doktor kate. adik call suara ketar2 tahan sakit masa tu. die minta kami datang secepat mungkin. huhu.. mana mungkin kami nak bertolak sekarang. waktu ketika itu dah 11 malam. cakap kat adik nak datang subuh esok. adik kate ok. adik cakap kat doktor yang nak bedah die tu tuk operate esok sahaja coz nak tunggu kami sampai. tapi doktor nasihatkan adik untuk lakukan pembedahan tu secepat mungkin memandangkan appendix tu dah pecah. nak  tak nak pukul 2 pagi adik di operate.



Pukul 6 pagi lepas solat subuh kami terus bertolak. sampai-sampai dekat adik pukul 2 petang gak la. jauh jugak la. dan kami pun belum biasa lagi dengan jalan sini. jem pun ada jugak la sikit-sikit. kalau la sampai awal. baru ok. lama jugak la adik tunggu kami.




sampai-sampai memang kami terkejut tengok keadaan adik..


tak sangka sampai macam ni sekali. hanya mampu berdoa ketika ini..


sampai-sampai je die cakap dahaga. ye la.. dah berapa jam die puasa. tak minum2. tapi minum tu sikit je la doktor benarkan. makan? lagi la tak leh. 3 hari gak la puasa. leh minum sikit2 je.


umi yang buat-buat senyum depan adik. dalam hati tuhan je yang tahu.










hari demi hari berlalu.. kesihatan adik turun naik. kadang ok. kadang tak ok. hari ke 4 kot adik diberi makan..




akhirnya hari khamis 12/03/2015 adik dibernarkan keluar. tapi masa tu aku nampak adik xlah ok mana. ntah mana mana dibenarkan keluar..

sebelum keluar diberi makanan.


selamat tinggal wad Kenanga 4B. muka keletihan umi dan abah jelas kelihatan. yela.. tidur atas kerusi 1 minggu. :(


..............................................................................

Seminggu selepas balik dari johor.. 18/03/2015 adik sekali lagi di masukkan ke hospital.. kali ni Hospital Sultanah Nur Zahirah pula.. pukul 12.45 malam. tiba2 luka bekas jahitan adik terbuka. darah dan nanah tersembur masa adik batuk.. terkejut tengok adik masa tu.. cepat-cepat kejutkan suami aku mintak hantarkan ke hosp.






23/03/2015 sekali lagi adik di bedah.. katenya bahagian dalam belum di jahit.. or tetas jahitan ke camne aku tak tahu la..
24hb adik dibenarkan balik. alhamdulillah.. lepas tu dah okay.. cuti panjang adik... lama tinggal buku-buku die tu...
sekian...